BBM3410/18: Minggu Sedih Hilang Markah....!!!

Hai awak semua 🤗..Assalamualikum..

Minggu ni saya ada 1 cerita yang sangat sedih😢..

Pada minggu lepas dalam kelas Prof ada beritahu kami yang Prof tiada di UPM pada hari Isnin minggu ke4 kerana ada kerja luar di Singapura..

Jadi apa lagi semua la bersorak yeahhhhh🎉🎉...baru acah-acah nak seronok..tup tup Prof bagitahu ada tugasan dalam putrablast yang perlu disiapkan juga pada hari Isnin hari tu 😑..

Di pagi hari isnin yang indah saya pun buka la putrablast nak tengok tugasan yang Prof bagi..dalam hati bukan main berdebar lagi takut la tugasannya suasah..hahahaha😂

Ehem2..sambil baca tugasan tu terbayang muka prof yang cantik dan manis..😊 "ni betul2 tau bukan tipu"..

Tugasan Prof bunyi bergini ye..

Pembelajaran atas talian bagi kuliah isnin 10-12 tengahari 1 oktober 2018.
Tugasan individu
1. Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)
2. Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.
3. emelkan tugasan. drnormaliza@gmail.com
4. tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment).
5. subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama
6. jika tidak mengikut arahan, emel anda akan dipadam dan tiada markah individu. 
7. anda tidak boleh meniru rakan yang lain. jika didapati sama, 10markah akan ditolak bagi mereka yang meniru. 
8. tugasan boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini. 

Sekian dari negara Temasek 

*******

Jadi saya dengan rasa senang hati menerima tugasan yang diberikan..
Lepas sahaja kelas Etika dan Moral jam 10 tu..saya cepat-cepat balik bilik 🚘🏠..Buka buku BOOM..baca bab 1..
Selepas tu saya buka microsoft word dan jawab soalan yang Prof bagi tu..
Selesai jawab dua-dua soalan..saya menunggu dengan penuh rasa sabar sehingga jam tepat pukul 2.. 
Saya buka email..copypaste balik yang saya taip tu untuk letak dekat emel..
Siap semua lebih kurang jam 2.15 macam tu saya pun hantar menerusi emel Prof..

Lepas hantar  dia punya lega fuhhhhhh..baru rasa lapar..

Tapiii....

Semasa saya berada di dalam panggung wayang lebih kurang jam 5.. saya dapat emel seperi di bawah:




Cepat-cepat whatsapp fifah.."fifah tu kawan saya"
Dia cakap dia pun dapat macam tu.. ok tak pe laa..

Tetiba malam tu kecoh dalam kumpulan whatsapp kelas linguistik yang hampir separuh dalam kelas tu Prof tak terima tugasan tu...

Weiyhhhhhhhh tugasan tu 10 markah tau..pergi pasar malam pun tak boleh cari 10 markah tu..Prof je yang ada...

Penat tau buat tapi tak ada markah..memang betul-betul sedih..tak tahu nak cakap macam mana..😢

Mungkin la ada salah yang saya buat.

Tapiii...
Apa salah saya Prof 👉👈😔..??




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Proses Photoshop