BBM3410/18: Umrah di Madinah

Hai semua..🤗
Assalamualaikum...

hari ni saya nak cerita la sikit tentang perjlnan saya mengerjakan umrah..

Alhamdulillah..Allah jemput saya utk jd tetamuNya di usia yg muda..

Post ni nak cerita tentang Madinah dulu..tapi tak la dr A sampai Z..
Kalau nak tau semua mai la jumpa saya..saya cerita depan2 baru syok..

Nak dgr tak?

Ikut la nak dgr ke tak..nak cerita juga..hahahaha😂

Saya g umrah awal thn hari tu bulan 1..g dengan keluarga saya..

Pergi dgn pakej Andalusia..Kuala Lumpur ⇝Madinah ⇝ Mekkah.
Lepas tu masa nak balik KL kena patah balik dari Mekkah  ke Madinah..

Dok main patah balik tu sbbnya airport Jeddah tgh dalam penyelenggaraan...

Kami dok 7 hari Madinah..7 hari Mekkah..



Ni gambar masa dkt KLIA nak g Madinah..
Ayu ke idok..?

Hotel yang kami dok dkt Madinah tu tak jauh pun dgn masjid dalam 100 meter..

Cuaca masa tu alhamdulillah tersangat la baik..tak panas tak sejuk..cuaca dia mcm hang p cameron..
Cuma masa pagi tu laa suhu dia 9..Memang p masjid kena pakai baju sejuk..kalau hang tak pakai boleh beku..huhuhu

Malam tu kami sampai pun dah lewat dalam jam 10 waktu sana..
Kalau dkt Malaysia lebih kurang jam 2 pagi..Beza waktu Malaysia dgn Madinah 5 jam..

Sampai2 je terus g masjid nabawi..orang panggil masjid nabi..
Masjid tu besar sangat sangat sangat..ada beratus pintu masuk..kami masuk pintu 15 sbbnya pintu tu paling dkt dgn hotel kami..


haa tu pintu yang kami masuk..mata mcm tu sbb silau..sblh tu bonda saya..
Cantikan..sama la mcm anak dia..mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi..uhuk2

Bila nampak je masjid..hanya Allah je yang tahu perasaan ni..berlenang air mata menahan sebak..

Terdetik dalam hati..betapa tak layaknya aku berada dkt sini..hinanya aku..dengan dosa yang banyak..

Tapi Allah tetap sayang aku..jemput aku jd tetamuNya..
Berpijaknya aku di tanah suci ini..di masjid nabi ini juga disebabkan oleh rindunya nabi untuk bertemu umatnya..

Tidak semua orang mampu untuk pergi menunaikan umrah..
Walau kaya macam mana pun..
Kalau Allah tak panggil..tak izinkan..
korg tak kn sampai..
dan walau mcm mana pun susahnya korg..
kalau Allah dah jemput korg jadi tetamuNya..
Korg tetap akan sampai sana..

Percayalah untuk sampai ke tanah suci bukanlah disebabkan harta kekayaan yang korg ada..itu semua jemputan dari ALLAH..

Syukur Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk menjadi tetamuNya..


Korg nampak tak payung dkt atas tu..tu la payung yang korg tengok dkt dlm tv masa azan..payung tu boleh tutup..tapi dia tutup masa magrib sbb dah sejuk..dkt bawah payung tu ada je orang solat..dan tu memang tempat solat..

Haa mesti ada yang tanya kenapa pakai kasut kalau dah tempat solat?

Tu sebenarnya laluan nak masuk masjid..tapi bila ada yang lambat sampai..masjid penuh dan kena la solat dkt situ..tapi nanti dia bentang tikar..

Dekat sana tak pelik pun kalau solat tepi jalan..sbb ramai orang..tak muat masjid..
Kalau g sana nak solat dalam masjid kena p awal..bukan awal 15 minit ye.. awal sejam..
Baru dapat solat dlm masjid..tu pun susah nak cari tempat..

Ni gambar suasana dalam masjid..tak banyak pun ambil gambar..dalam masjid tak boleh bawa fon sebenarnya..kalau petugas dia nampak kena rampas..


 Ni pun gambar dalam masjid..cuba tengok dkt atas tu..bumbung tu boleh buka..dia akan buka waktu malam dengan pagi..bergantung pada keadaan cuaca dkt luar..kalau malam boleh la tengok bulan bintang..kalau pagi nampak langit jela.. 

Siapa yang pakai purdah tu?

Tu saya laa...


Haa tu dia bila bumbung tu terbuka..nampak bulan kn..tapi sejuk la cek oii..kena angin luar..
Jadi disarankan pakailah baju tebal..supaya nanti nak buat ibadat tak terganggu..





Belakang tu pintu nak masuk masjid..tapi pintu tutup..dan setiap pintu nak masuk tu ada org yang jaga..dia akan cek dalam beg kita ada bawa masuk telefon ke tak? Kalau ada dia tak bagi masuk..solat la dekat luar,,




Yang ni kalau korg semua nak tahu..tu la tempat kita tunggu masuk raudhah..nak masuk raudhah buka sesuka hati ye..ada masanya..kita tak boleh p sendiri2 mesti ada kumpulan..untuk pengetahuan korg juga..bawah kubah hijau tu la terdptnya makam  Nabi Muhammad S.A.W dan 2 sahabatnya iaitu Abu Bakar Al-Siddiq dgn Umar Al-Khatab. 
Mai sini nak cerita pengalaman masuk raudhah..
Apa raudhah tu..?
Raudhah tu taman syurga.. letak dia antara mimbar dengan makam nabi..
Raudhah ni dok dalam masjid nabawi tu juga..tapi di bahagian solat lelaki..
Nak masuk raudhah bukan senang..
Saya dapat masuk raudhah 2 kali..
Alhamdulillah saya diberi peluang untuk melakukan solat sunat dan berdoa di situ.. 

Saya bagi imaginasi sikit..raudhah ni bukan besar... 
Kecik je..kalau dekat Malaysia ni lebih kurang tempat solat perempuan mcm dkt IoI Shopping Mall..
Dengan ruang yang macam tu nak dimuatkan dengan berjuta-juta orang..
Boleh bayang tak mcm mana..?
Haa bukan senangkan..
Tapi tu lah kuasa Allah..tidak semua pergi ke masjid nabawi dapat masuk ke raudhah..
Saya dapat masuk dalam tu pun semua atas izin dan pertolongan Allah..Saya cuma manusia tak terdaya saya nak melawan berjuta manusia..kalau bukan kerana Allah saya tak dapat merasai raudhah.. 
sebelum masuk raudhah ustazah ada cakap..titiskan la air mata semasa berada disana..tanda kita betul-betul menghambakan diri terhadap Yang Esa dan gembira berjumpa dengan nabi..
Tapi ni lah hakikat saya nak bagitahu...air mata tu akan hadir sendiri bila kaki berpijak di raudhah... 
Ya Allah di hadapan mata ku terdapat makan Nabi Muhammad S.A.W..Insan yang paling mulia..Insan yang dirindui ramai..tapi hari ini aku dijemput oleh Mu ya Allah untuk berjumpa dengan Insan istimewa ini...Aku malu ya Allah..aku selalu alpa pada dirinya..tapi Nabi Muhammad S.A.W masih merindui ku dan mengizinkan aku untuk berjumpa dengannya..😭
Assalaamu'alaika ya Rasulullah, Assalaamu'alaika ya Nabi Allah, Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu,  
Semua yang masuk ke raudhah kalau boleh nak solat di kapet warna merah..sbb tu tempat paling mustajab berdoa..  

dah tentu2 lah tempat tu akan menjadi rebutan orang ramai..

Saya masuk raudhah tu tak boleh nak solat..tengah2 solat orang mai dok dpn kita dah tak boleh nak sujud.. 

Dalam hati ni Ya Allah bantu lah aku..aku nak sangat solat dalam raudhah ni..nak sangat solat dekat depan tu (kapet merah)..tolong la aku ya allah...permudahkan lah segala urusan ku..

Alhamdulillah..Allah dengar doa saya..akhirnya saya dpt solat di kapet merah tu..
Dua kali saya masuk..Alhamdulillah dua2 saya dapat solat dkt situ..
Jadi doa la banyak2..Allah sentiasa ada untuk kita..minta la..sbb Allah je yang mampu tunaikan..
*******
Tu jela kot..takut banjir UPM..
Kalau korg nak dgr sendiri saya cerita dari mulut boleh la minta dekat prof..huhuhu🙊
Kalau tak disebabkan blog yang prof suruh buat ni saya tak cerita pun..

Saya doakan semoga suatu hari nanti anda semua dijemput untuk menunaikan ibadah umrah..amin
dan doakan saya juga supaya boleh pergi lagi lagi dan lagi..
Travel yang paling best adalah berada di tanah suci..

Post seterusnya nanti saya akan cerita dekat Mekkah pula..
Tapi lambat sikit la..
Sibuk dengan FYP..
saya masih rindukan suasana di sana..kalau boleh nak dok dekat sana je..tak nak balik2.....

bye..💗









Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Anjing Bijak

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH